toplogo-1

Tentang Kami

RPG Green Technology Sdn Bhd (122061A) adalah sebuah syarikat bumiputera yang memfokuskan kepada servis pemasangan solar melalui pakej Net Energy Metering (NEM) dan juga pemasangan sistem penuaian air hujan (SPAH) . Dua fokus utama ini menjadi teras kepada syarikat dalam membantu rakyat Malaysia mempraktiskan amalan hijau dengan menawarkan kos pemasangan yang kompetitif, berkualiti dan bermanfaat untuk alam sejagat. Ayuh, dokong usaha kami untuk menjadikan Malaysia yang lebih hijau.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat induk kami boleh layari di  www.rimbunprimaproperty.my

Visi

Tenaga bersih dan air bersih untuk  Seluruh Rakyat Malaysia

Misi

Merakyatkan tenaga bersih dan air bersih melalui sistem solar dan SPAH

Nilai Utama Syarikat

Umat Manusia dan Alam Sebagai Tunjang Utama

“Dalam setiap penawaran servis  yang di ketengahkan oleh kami, ia tidak akan lari daripada meletakkan manusia, alam dan keharmonian kehidupan mereka sebagai intipati utama. Kita akan bertanggungjawab kepada mereka atas setiap tindakan kita.”

Tangan Terbuka

Masa depan inovasi adalah kerjasama. Kami mengakui setiap kelemahan dan kesilapan sendiri serta sentiasa berusaha untuk mengatasi hal tersebut. Justeru sebarang kerjasama dan teguran sangat bernilai buat kami.

Kemimpinan Bersama

Tiada pendapat yang lebih penting dan tiada pandangan yang lebih terpilih. Semua idea adalah bernilai untuk memandu kata sepakat demi kebaikan bersama organisasi ini.

Berani Bertoleransi

Kami mempunyai matlamat yang cukup tinggi, namun tiada siapa yang mampu memberi jaminan matlamat tersebut boleh di capai jika tiada toleransi bersama dalam setiap keputusan.

Semangat Berjiwa Besar

Setiap hari, sebenarnya kita semua adalah dermawan, pelaksana, visionari dan pelanggan. Kita berjanji untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan lebih luas  demi mencapai objektif utama syarikat.

Lesen Syarikat

Solusi Untuk Rakyat Malaysia

Whatsapp Enquiry
1